Rabu, 13 April 2011

AKU, MELAYU, PEKEMBAR, BARISAN NASIONAL DAN MALAYSIA


 “Detik demi detik aku memikirkan dan menilai siapa aku, siapa melayu, siapa PEKEMBAR siapa Barisan Nasioanal Dan Siapa Malaysia”

“Langkah demi langkah aku meninjau dan memperlihatkan pejuangan aku untuk diri aku sendiri, untuk Melayu, untuk PEKEMBAR, untuk Barisan Nasional dan apakah perjuangan aku untuk Malaysia, tanahairku, yang aku yakin keseluruhan rakyat baik mereka yang berada di landasan pembangkang mahupun yang berdiri kukuh dengan kerajaan yang memerintah sekarang sangat sayangkan NEGARA ini”


“Agak biadap rasanya jika aku mempersoalkan apakah yang aku dapat jika aku memperjuangkan MELAYU, PEKEMBAR, BARISAN NASIONAL dan juga MALAYSIA”

“Manusia itu sekiranya ingin digelar insan harus tahu “Mengenang Budi” itu pesanan arwah bapak. Jangan jadi Seperti Kacang Lupakan Kulit” 

“Jangan Sesekali disesalkan apabila kita dilahirkan sebagai melayu”

Banggalah menjadi seorang yang berbangsa melayu kerana apabila kamu melayu agama kamu pasti Islam. Bapak cakap “kerana aku dan ibu kamu melayu. kamu dilahirkan sebagai Islam, itu keistimewaan melayu. Aku harus bersyukur.

Memetik kata-kata Datuk Idris Haron “Sekiranya melayu terus berpecah-belah serta bertelagah sesame sendiri untuk mencapai cita-cita politik peribibadi berkemungkinan agama islam bukan lagi agama rasmi Negara ini.

“Bersatu Demi Perpaduan” , "Demi Agama & Bangsa",  “Demi Islam Dan Melayu”

“Aku bangga berbangsa melayu beragama islam dan itu juga yang diperjuangkan oleh PEKEMBAR dan dengan itu aku turut memnperjuangkan UMNO”.

PEKEMBAR memperjuangkan dan mendukung cita-cita kebangsaan melayu demi mengekalkan maruah, martabat bangsa, agama dan negara

"Demi agama, bangsa dan negara aku akan menegakkan, mempertahankan, dan mengembangkan Islam sebagai agama rasmi negara"

"Tak mungkin dapat aku lakukan dan realisasikannya sendirian ini kerana Tuanku Abdul Rahman pun tidak bersendirian dapat memperolehan kemerdekaan untuk Tanah Melayu, Rasulullah s.a.w pun tidak bersendirian semasa menyebarkan syiar Islam.Mereka mempunya keluarga, sahabat dan masyarakat yang menjayakannya"

Tetapi bagaimana mahu melakukan dan merealisasikan sekiranya kita, umat akhir zaman dan masyarakat siber masih bertelagah demi kepentingan peribadi sendiri mahupun politik.

Khamis, 7 April 2011

ANTARA KESETIAAN SEORANG ISTERI, KETAATAN SEORANG ANAK, DAN KREDIBILITI SEORANG PEMIMPIN


   Sebagai seorang isteri, untuk menjadi solehah untuk menduduki syurga haruslah dan sangat berkewajipan untuk setia dan taat kepada suami. Tempat seorang isteri adalah disisi sorg suami  “Tak cium bau syurga bila derhaka dengan suami”

Sebagai anak, untuk menjadi soleh untuk menduduki syurga salah satu syarat utama adalah dengan menjadi anak yang taat kepada ibu bapa, selepas Allah swt , “Amal Makruf Nahi Mungkar.

²Sekiranya membuka pekung Si Suami Dan Ayah menjadikan Anak Dan Isteri DERHAKA...”


Antara tugas dan tanggung jawab ISTERI & ANAK diamanahkan menjaga maruah SUAMI & AYAH. Tetapi  suami yg bagaimana perilakunya? Akhlaknya? Kredibilitinya?.

Tidak ada ISTERI mahupun ANAK mahu mengaibkan SUAMI, tetapi tidak semua keaiban perlu ditutup. Apabila kita  yang bercakap tentang aib seolah-olah lupa bahawa dalam apa jua ketetapan akan ada "tetapi"nya. Pasti ada RUKUN dan ATURANnya. Perkara yang baik harus diheboh-hebohkan, perkara yang mengaibkan wajib di sembunyi-sembunyikan, demi maruah keluarga & masyarakat.

Contohnya mukmin ditetapkan itu dan ini TETAPI kalau datang itu dan ini maka ketetapan itu berubah.

Di dalam konteks aib juga sama iaitu jangan dedahkan aib, TETAPI? Sudah tentu ada jenis-jenis aib yang boleh atau terpaksa didedahkan demi mengelak keaiban yang lebih besar.

Sedarlah ISTERI, pengorbanan suci anda itu akan menjadi sia-sia sebenarnya...kosong...langsung tidak dihargai oleh SUAMI. Si Suami melakukan KEAIBAN yang tidak termampu ISTERI & ANAK selindungi.

Lihat LAH DUNIA....!!!

Realitinya, SI ISTERI bagaikan melukut ditepi gantang, diperlakukan ’kalau ada pun seperti tiada, Tiada pun Tak menjejaskan Apa-apa ? Jadi apa yang ditunggu lagi. Janggan sehinga terjerumus ke lembah yang lebih hina angkara nista Si SUAMI.

Isnin, 4 April 2011

UNTUK SIAPA KAMU BERJUANG ?

   "Aku bukan lah seorangg perwira, gagah menghunus senjata,  Namun hati rela berjuang walau dengan cara sendiri demi cinta ini"

" Aku tak patriotik,  tak pernah bergelar patriot muda. Aku tak berapi mempertahankan isu keMelayuan, Aku tak pernah menjulang keris, silat jauh sekali, tetapi aku yakin,
negara ini adalah warisan aku 


... "Berjuang Untuk Siapa?"...


 Ungkapan diatas membayangkan persoalan yang acap kali diperkatakan oleh individu didalam hati kecil mereka. Untuk siapakah ? perjuangan yang dilaungkan – Ada kalanya inya hanya bersifat dendam , ada ketikanya ianya dikatakan bersifat memperjuangkan ideologi- Akan tetapi semua itu menjurus kepada konsep perjuangan yang sebenarnya di realisasikan di alam politik.

     Walupun apa fahaman mereka , mereka tetap mempercayai asas asas perjuangan yang mereka laungkan. Seperti PKR sebuah parti politik yang dewasa ini memainkan banyak peranan  didalam arena politik tanahair telah menimbulkan banyak persoalan didalam sudut perjuangan. Apakah matlamat sebenarnya perjuangan mereka. Jika dikatakan untuk membela Bangsa melayu, tentunya tidak!! jika hendak dikatakan untuk membela Agama , juga tidak!!  Jadi apakah yang sebenarnya perjuangan yang mereka laungkan.