Rabu, 13 April 2011

AKU, MELAYU, PEKEMBAR, BARISAN NASIONAL DAN MALAYSIA


 “Detik demi detik aku memikirkan dan menilai siapa aku, siapa melayu, siapa PEKEMBAR siapa Barisan Nasioanal Dan Siapa Malaysia”

“Langkah demi langkah aku meninjau dan memperlihatkan pejuangan aku untuk diri aku sendiri, untuk Melayu, untuk PEKEMBAR, untuk Barisan Nasional dan apakah perjuangan aku untuk Malaysia, tanahairku, yang aku yakin keseluruhan rakyat baik mereka yang berada di landasan pembangkang mahupun yang berdiri kukuh dengan kerajaan yang memerintah sekarang sangat sayangkan NEGARA ini”


“Agak biadap rasanya jika aku mempersoalkan apakah yang aku dapat jika aku memperjuangkan MELAYU, PEKEMBAR, BARISAN NASIONAL dan juga MALAYSIA”

“Manusia itu sekiranya ingin digelar insan harus tahu “Mengenang Budi” itu pesanan arwah bapak. Jangan jadi Seperti Kacang Lupakan Kulit” 

“Jangan Sesekali disesalkan apabila kita dilahirkan sebagai melayu”

Banggalah menjadi seorang yang berbangsa melayu kerana apabila kamu melayu agama kamu pasti Islam. Bapak cakap “kerana aku dan ibu kamu melayu. kamu dilahirkan sebagai Islam, itu keistimewaan melayu. Aku harus bersyukur.

Memetik kata-kata Datuk Idris Haron “Sekiranya melayu terus berpecah-belah serta bertelagah sesame sendiri untuk mencapai cita-cita politik peribibadi berkemungkinan agama islam bukan lagi agama rasmi Negara ini.

“Bersatu Demi Perpaduan” , "Demi Agama & Bangsa",  “Demi Islam Dan Melayu”

“Aku bangga berbangsa melayu beragama islam dan itu juga yang diperjuangkan oleh PEKEMBAR dan dengan itu aku turut memnperjuangkan UMNO”.

PEKEMBAR memperjuangkan dan mendukung cita-cita kebangsaan melayu demi mengekalkan maruah, martabat bangsa, agama dan negara

"Demi agama, bangsa dan negara aku akan menegakkan, mempertahankan, dan mengembangkan Islam sebagai agama rasmi negara"

"Tak mungkin dapat aku lakukan dan realisasikannya sendirian ini kerana Tuanku Abdul Rahman pun tidak bersendirian dapat memperolehan kemerdekaan untuk Tanah Melayu, Rasulullah s.a.w pun tidak bersendirian semasa menyebarkan syiar Islam.Mereka mempunya keluarga, sahabat dan masyarakat yang menjayakannya"

Tetapi bagaimana mahu melakukan dan merealisasikan sekiranya kita, umat akhir zaman dan masyarakat siber masih bertelagah demi kepentingan peribadi sendiri mahupun politik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan