Khamis, 7 April 2011

ANTARA KESETIAAN SEORANG ISTERI, KETAATAN SEORANG ANAK, DAN KREDIBILITI SEORANG PEMIMPIN


   Sebagai seorang isteri, untuk menjadi solehah untuk menduduki syurga haruslah dan sangat berkewajipan untuk setia dan taat kepada suami. Tempat seorang isteri adalah disisi sorg suami  “Tak cium bau syurga bila derhaka dengan suami”

Sebagai anak, untuk menjadi soleh untuk menduduki syurga salah satu syarat utama adalah dengan menjadi anak yang taat kepada ibu bapa, selepas Allah swt , “Amal Makruf Nahi Mungkar.

²Sekiranya membuka pekung Si Suami Dan Ayah menjadikan Anak Dan Isteri DERHAKA...”


Antara tugas dan tanggung jawab ISTERI & ANAK diamanahkan menjaga maruah SUAMI & AYAH. Tetapi  suami yg bagaimana perilakunya? Akhlaknya? Kredibilitinya?.

Tidak ada ISTERI mahupun ANAK mahu mengaibkan SUAMI, tetapi tidak semua keaiban perlu ditutup. Apabila kita  yang bercakap tentang aib seolah-olah lupa bahawa dalam apa jua ketetapan akan ada "tetapi"nya. Pasti ada RUKUN dan ATURANnya. Perkara yang baik harus diheboh-hebohkan, perkara yang mengaibkan wajib di sembunyi-sembunyikan, demi maruah keluarga & masyarakat.

Contohnya mukmin ditetapkan itu dan ini TETAPI kalau datang itu dan ini maka ketetapan itu berubah.

Di dalam konteks aib juga sama iaitu jangan dedahkan aib, TETAPI? Sudah tentu ada jenis-jenis aib yang boleh atau terpaksa didedahkan demi mengelak keaiban yang lebih besar.

Sedarlah ISTERI, pengorbanan suci anda itu akan menjadi sia-sia sebenarnya...kosong...langsung tidak dihargai oleh SUAMI. Si Suami melakukan KEAIBAN yang tidak termampu ISTERI & ANAK selindungi.

Lihat LAH DUNIA....!!!

Realitinya, SI ISTERI bagaikan melukut ditepi gantang, diperlakukan ’kalau ada pun seperti tiada, Tiada pun Tak menjejaskan Apa-apa ? Jadi apa yang ditunggu lagi. Janggan sehinga terjerumus ke lembah yang lebih hina angkara nista Si SUAMI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan